Thursday, January 9, 2014



**** KENAPA ANDA PERLU AMBIL SET D?? ****

B COMPLEX
menghalang daripada stress 
membantu peredaran darah agar wajah tidak kelihatan pucat 
menaikkan seri muka 
menghilangkan kelesuan 
perbaiki mood agar sentiasa happy 

VITAMIN C
membentuk kolagen 
mencantikkan dan muluskan kulit 
menganjalkan kulit 
mampu pulihkan wajah dari sunburn 
mencerahkan kulit 
memperbaiki wajah kusam 
pulihkan kulit wajah yang kasar 

VITAMIN E
melembabkan kulit 
menghilangkan kesan jerawat & jeragat 
anti oksidan 
anti penuaan 
manghalang jerawat dari datang kembali 
memberikan tona wajah sekata 
mengurangkan kedut dan garis halus

Sedikit pelaburan…memberi kesan yang MELETOP!!!!

Tuesday, August 20, 2013

BUASIR


****BUASIR & SHAKLEE****


Sekiranya anda pernah mengalami masalah pendarahan ketika membuang air besar, ini menunjukkan bahawa tubuh anda memerlukan rawatan kerana ia dikhuatiri sebagai petanda awal anda menghidap buasir.

Apa itu buasir?
Buasir ialah pembengkakan yang berlaku pada saluran darah "vein directum". Buasir keluar darah apabila kita buang air besar. Pada peringkat yang lebih teruk keluar sesuatu seperti lendir pekat berwarna merah darah melalui dubur dan ia memang bercampur darah.

Punca Buasir
*              Mengambil makanan yang pedas dengan kerap
*          Duduk dalam tempoh yang lama
*          Ketegangan sewaktu membuang air besar di sebabkan sembelit atau najis keras
*          Cirit birit berterusan
*          Duduk di tandas terlalu lama
*          Batuk  yang berterusan
*          Kehamilan (buasir mengandung)
*          Kelahiran
*          Mengangkat benda berat

Berikut ialah cadangan supplement Shaklee yang sesuai untuk pesakit Buasir:

**Ostematrik**
Membantu mengurangkan sembelit. Melancarkan pembuangan najis dan memberi keselesaan apabila anda mengalami luka di bahagian dubur.

**Omega Guard**
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat sakit. Omega membantu mengecutkan otot yang bengkak.

**Zinc Complex**

Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zinc Complex membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Tuesday, August 13, 2013


                                                                       GOUT & SHAKLEE

TAHUKAH ANDA?

Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing, tapi apabila ia berlebihan dan tidak dapat dibuang, ia terkumpul di dalam sendi. Inilah yang menyebabkan gout.
Tubuh menjadi kurang efisien untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pingang tidak berada di tahap kesihatan yang optimum. Ya, buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh, namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari:

·         Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan ‘drug’
·         Stress dan tekanan perasaan
·         Pengambilan protein yang berlebihan
·         Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan

Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh pesakit gout di samping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan?

VITAMIN YANG DICADANGKAN UTK GOUT:

>>>ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.

>>>OMEGA GUARD – mengelakkan keradangan sendi.

**BAGI YANG KURANG MINUM AIR,DIGALAKKAN AMBIL PERFORMANCE DRINK**

>>>PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detix di atas.

>>>JOINTH HEALTH TABLET - memberi keselesaan kepada sendi

Rawat sebelum parah!!!!




Wednesday, July 31, 2013

TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL

Tekanan darah tinggi adalah salah satu sebab mengapa wanita hamil dimasukkan ke hospital. Hypertension bermaksud tekanan darah tinggi manakala hypotension pula bermaksud tekanan darah rendah. Hypotension adalah normal semasa mengandung semasa awal dan pertengahan kehamilan dan sesuatu yang tidak perlu dirisaukan.

Kenapa Tekanan Darah Tinggi Merbahaya?

Punca utama mengapa wanita mengalami darah tinggi semasa hamil ialah disebabkan satu keadaan yang dinamakan pre-eclapmsia yang boleh menjurus kepada ECLMAPSIA, satu penyakit darah tinggi yang sangat serius. Pre-eclampsia dan eclampsia adalah salah satu punca utama kematian ibu dan bayi semasa hamil. 5-10% wanita yang mengandung anak sulung akan mengalami eclampsia.

Jenis-jenis Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi kronik

Ia adalah penyakit darah tinggi yang wanita alami semasa wanita masih belum hamil lagi. Ia lebih kerap berlaku kepada mereka yang berusia dan wanita tersebut mungkin mempunyai sejarah keluarga yang juga mempunyai darah tinggi.
Penyakit darah tinggi kronik mungkin boleh mmenjadi lebih teruk sewaktu lewat kehamilan dan selalunya doktor akan memberikan pauntauan yang teliti terhadap tekanan darah selepas trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang digunakan agak selamat semasa hamil dan selalunya doktor akan menukar ubat yang biasa dimakan sebelum hamil kepada yang lebih sesuai untuk wanita hamil.

Tekanan darah tinggi disebabkan oleh kehamilan (PIH)

Ia terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan. Sebahagian kecil dari wanita ini akan mengalami eclampsia tetapi agak sukar untuk menentukan siapa yang lebih berisiko. Juga segelintir mereka yang mengalami PIH ini akan mendapat mendapat tekanan darah tinggi akhirnya semasa lebih berusia.

Pre-eclampsia (PE)

Pre-Eclampsia(PE) adalah penyakit yang unik semasa hamil. Ia bukan sahaja penyakit yang melibatkan tekanan darah tinggi malahan ia akan memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain dalam badan.
Buah pinggang merupakan organ yang pertama mendapat komplikasi dari penyakit ini. Cara untuk mengetahui yang penyakit tersebut dalam peringkat yang agak serius ialah dengan membuat ujian air kencing. Sekiranya terdapat banyak protin didalam urin bermakna wanita sudah mendapat pre-eclampsia. Semakin banyak protin yang terdapat dalam urin semakin teruk keadaan pesakit tersebut.
Sekiranya PE tidak dirawat dengan segera, ia akan menjadi serius dengan cepat dan eclampsia akan berlaku. Ini terjadi apabila wanita mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi dan dia belum melahirkan, kemungkinan besar bayi juga akan mendapat komplikasi dan mungkin boleh meninggal didalam rahim. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.

Penyebab Pre-Eclampsia

Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini terjadi. Banyak hormon yang terlibat tetapi penyebab sebenar masih menjadi tanda-tanya. Tetapi pakar perubatan mendapati ia mungkin berkaitan dengan uri. Pakar mendapati, uri tidak membentuk secara normal dengan salur darah tidak menjadi nipis dan lembut sebagaimana yang sepatutnya.
Pembentukkan uri yang tidak normal boleh berlaku seawal 18-20 minggu kehamilan. Terdapat juga darah beku, menyebabkan salur darah tersumbat didalam uri dan ini menjelaskan kenapa bayi wanita yang mempunayai pre-eclampsia lebih kecil dari biasa. Buat masa ini terdapat banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar mengapa ia terjadi dan bagaimana ia boleh dicegah.

Apa yang menyebabkan PE lebih kerap terjadi?

Keadaan berikut boleh diri anda lebih berisiko untuk mendapat PE tetapi perlu diingat, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
  • Ia sering terjadi kepada kandungan sulung
  • Mempunyai PE pada kandungan sebelumnya
  • Berumur kurang dari 20 atau lebih dari 35
  • Migrane
  • Mempunyai ahli keluarga dekat keluarga yang mempunyai PE
  • Mempunyai hypertension kronik
  • Terlalu kurus
  • Terlalu rendah
  • Kandungan kembar
  • SLE
  • Kandungan molar
TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer.http://familiazam.com
Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.
Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.

TANDA-TANDA
Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda awal,sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.

KOMPLIKASI
- Angin ahmar ( stroke ).
- Serangan jantung.
- Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
- Kegagalan buah pinggang.
h
SEBAB
Sembilan puluh lima peratus kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui.Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:

- Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
- Keturunan.
- Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
- Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
- Merokok.
- Pengambilan berlebihan alkohol, garam. Kegemukan, kurang senaman.
- Stres yang berlebihan.
- Diabetes.
- Penyakit buah pinggang.
- Penyakit adrenal.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan.

LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL
- Berhenti merokok.
- Kurangkan atau berhenti mengambil alkohol.
- Kurangkan pengambilan garam.
- Bersenamlah selalu.
- Kurangkan stres atau tekanan.
- Jika anda menerima rawatan bagi penyakit tekanan darah tinggi, sila ambil ubat-ubat tersebut mengikut peraturan dan jangan berhenti tanpa merujuk kepada doktor.
- Jika anda telah disahkan menghidap penyakit darah tinggi selalulah berjumpa doktor. Mengawal tekanan darah anda akan dapat mencegah terjadinya komplikasi.

PETUA MENCEGAH
- Jika terdapat ahli keluarga anda menghidap darah tinggi atau usia anda melebihi 30 tahun, periksa selalu tekanan darah anda.
- Jangan merokok
- Jauhi alkohol.
- Makan makanan rendah lemak dan rendah garam.
- Lakukan senaman selalu, terutamanya aerobik, seperti menunggang basikal dan berjoging.
- Elakkan tekanan atau belajar bagaimana mengendalikannya.
- Mengekalkan berat badan yang normal